Demam Wrestlemania makin terasa

Demam Wrestlemania makin terasa



Berbicara tentang Wrestlemania, para WWE Universe kini sudah tentu tidak senang duduk akibat keterujaan untuk menyaksikan acara gilang-gemilang tersebut pada 3 April ini. Senarai perlawanan juga mengalami perubahan dari semasa ke semasa bagi menambahbaik daya tarikan acara terbesar WWE ini.

Sehingga laporan ini ditulis, berikut merupakan antara perlawanan yang telah disahkan untuk acara yang berdurasi lebih 4 jam tersebut:

1. Perlawanan bagi merebut Kejuaraan Universal WWE:
Goldberg (juara) lawan Brock Lesnar

2. Perlawanan bagi merebut Kejuaraan WWE:
Bray Wyatt (juara) lawan Randy Orton

3. Roman Reigns lawan The Undertaker

4. AJ Styles lawan Shane McMahon

5. Perlawanan 4 penjuru bagi merebut Kejuaraan Wanita Raw:
Bayley (juara) lawan Charlotte Flair lawan Sasha Banks lawan Nia Jax

6. Perlawanan bagi merebut Kejuaraan Amerika Syarikat WWE:
Chris Jericho (juara) lawan Kevin Owens

7. Perlawanan 3 penjuru bagi merebut Kejuaraan Regu Raw:
Gallows & Anderson (juara) lawan Enzo Amore & Big Cass lawan Sheamus & Cesaro

8. Perlawanan bagi merebut Kejuaraan Wanita Smackdown:
Alexa Bliss (juara) lawan Mickie James lawan Becky Lynch lawan Carmella lawan Natalya (dengan kemungkinan bakal ada peserta tambahan)

9. Perlawanan Tempur Raksasa Diraja (Battle Royal) bagi merebut trofi memorial Andre The Giant

10. John Cena & Nikki Bella lawan The Miz & Maryse

Terdapat 2 lagi perlawanan yang dijangka turut mengambil tempat namun belum disahkan iaitu:

11. Seth Rollins lawan Triple H

12. Perlawanan bagi merebut Kejuaraan Cruiserweight WWE:
Neville (juara) lawan Austin Aries

Bagi menghangatkan pertembungan antara Goldberg dan Brock Lesnar, kedua bintang perkasa ini akan bersemuka buat kali terakhir sebelum ke Wrestlemania di acara Raw minggu hadapan. Mungkinkah Goldberg akan membalas kembali hadiah F5 yang diterimanya minggu lalu?


Pastinya para WWE Universe tidak mahu ketinggalan untuk menyaksikan acara hebat ini yang akan ditayangkan secara eksklusif di saluran WWE Network saluran 820 / 840 (HD). Justeru, segera melanggannya jika anda masih belum berbuat demikian

Baca Juga:
No
Beli Leptop/Notebook
1
2
3
4
5
6
7

Komentar